Header Ads

SPRM Ambil Dokumen Berkaitan Projek MPP, TSGP Dan ECRL


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil beberapa dokumen berkaitan Projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) di sekitar Lembah Klang siang tadi.

Ia melibatkan beberapa buah syarikat di 13 lokasi sekitar Lembah Klang, hari ini.


Loading...

Menurut sumber, lebih 50 pegawai SPRM telah hadir ke lokasi-lokasi berkenaan dalam operasi yang bermula pada pukul 10 pagi.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

- Astro Awani

No comments