Header Ads

Sidang Dewan Rakyat Tertangguh, Menteri, Timbalan 'Hilang'


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tertangguh selama enam minit apabila tidak cukup Ahli Parlimen yang hadir.

Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.

"Tuan Yang Dipertua. Saya hendak pastikan, adakah cukup korum? Apa menteri, timbalan menteri semua tiada ke?" soal Alexander.


Loading...

Mohamad Ariff lantas membuat keputusan, "Kita tempohkan dua minit sehingga cukup korum. Sila bunyikan loceng."

Berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1), cukupbilang (korum) bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi, lapor Astro Awani.

Selepas loceng dibunyikan, Mohamad Ariff memaklumkan bahawa terdapat 36 Ahli Parlimen sekaligus membolehkan mesyuarat bersidang.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(2) menyatakan:

"Jika siapa-siapa ahli menarik perhatian Pengerusi mengatakan tidak cukupbilang, maka hendaklah dipanggil ahli-ahli di luar Dewan Mesyuarat seolah-olah memanggil ahli kerana hendak diadakan belahbahagian.

"Setelah dipanggil ahli-ahli itu, maka Tuan Yang Dipertua, selepas genap dua minit, hendaklah membilang berapa orang ahli-ahli dalam Majlis Mesyuarat; jika tidak cukupbilang juga maka hendaklah ditangguhkannya mesyuarat itu hingga hari mesyuarat yang kemudian dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat."

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan, wakil rakyat yang gagal hadir ke Parlimen perlu mengemukakan alasan yang kukuh.

No comments