Header Ads

'Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas' – PM

Tun Dr Mahathir Mohamad(kiri) dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini. - Foto: Berita Harian

"Siapa makan cili dia yang rasa pedas."

Demikian reaksi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14, hari ini.

Dalam titahnya, baginda memberi 'amaran' kepada ahli Parlimen supaya duduk dan tidak  lari dari dewan.

Loading...


"Itu mungkin gurauan baginda. Tetapi siapa makan cili dia yang rasa pedas," kata Dr Mahathir.

Menurut Sinar Harian, semalam ahli Parlimen BN dan Pas bertindak keluar dewan kerana membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat,Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.

Sementara itu, Dr Mahathir menyambut baik titah baginda yang menyentuh soal keserdehanaan dan bertimbang rasa dalam kalangan rakyat pelbagai agama.

"Mesejnya ialah supaya dalam semua perkara kita harus sederhana, dan kita bertimbang rasa terhadap agama orang yang berlainan daripada kita. Mereka juga harus hormat kita punya agama.

"Kalau kita mula cabul agama lain, maka kita akan terima padahnya," katanya.

No comments