Header Ads

Shukri: 'Biar Najib Saman Saya'


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull tidak terkejut dengan tindakan saman sivil yang dibuat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.

"Biar beliau saman. Saya akan terima," kata Shukri, petik The Star.

Semalam Reuters melaporkan Najib menyaman Shukri, Peguam Negara Tommy Thomas dan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Amar Singh.


Loading...

Dalam laporan itu, saman Najib yang difailkan minggu lalu mendakwa mereka bersikap prejudis dalam siasatan mengenai 1MDB.

Dalam hal berkaitan, Shukri berkata SPRM hampir siap meneliti bukti dalam negara mengenai kes 1MDB dan sekarang sedang menyelidik keterangan dari luar negara.

Najib didakwa menerima dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa sejumlah AS$ 731 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun AS $620 juta kemudian disalurkan ke dalam akaun yang dipegang ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Najib menafikan sebarang dakwaan salah laku.

Pada hari Rabu lalu, beliau didakwa atas tuduhan pecah amanah jenayah dalam kes berasingan mengenai dana yang diselewengkan daripada SRC International.

- Malaysiakini

No comments

Loading...