Header Ads

Senjata Api, Peluru Ditemui Dalam Nahas Babitkan Dua Nyawa


TEMERLOH - Sepucuk pistol dan pump gun serta lebih 100 butir peluru pelbagai jenis ditemui di lokasi kejadian yang meragut dua nyawa di di KM132.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Dalam kemalangan tersebut,empat buah kenderaan yang terlibat iaitu kenderaan jenis SUV Toyota FJ Cruiser,Perodua Myvi,Proton Iswara dan lori jenis Volvo FL10.
Kemalangan itu menyebabkan seorang ahli perniagaan,Low Kim Boon,65 berasal dari Taman Bukit Istana,Kuantan yang memandu SUV Toyota dan pemandu Myvi yang bekerja sebagai pelukis pelan,Nur Rashila Rosdan,22 dari Sungai Parit,Perak meninggal dunia di lokasi kejadian.

Loading...
Manakala pemandu Proton Iswara,Sheikh Mohd Hanif Sheikh Hashim,61 dan pemandu lori Che Sharif Saad,43 selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah,Asisten Komisioner Zundin Mahmood memberitahu,siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Myvi dari arah Kuantan menghala ke Temerloh di laluan sebelah kanan melanggar belakang sebuah lori muatan produk plastik yang berada di sebelah kiri.
"Ia menyebabkan Myvi itu telah dirempuh dari belakang oleh SUV Toyota terbabit sekaligus tercampak ke laluan bertentangan ke laluan bertentangan dan masuk ke dalam gaung.
"Kejadian itu juga menyebabkan kereta Proton Iswara terbabit melanggar Myvi yang berada di atas jalan,"katanya lagi.
Menurutnya berdasarkan rakaman percakapan saksi bebas punca kemalangan berpunca daripada pemandu Myvi yang dipercayai mengantuk secara tiba-tiba lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori terbabit.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu,pihaknya juga menemui sepucuk pistol Smith & Wesson Compact,pump gun bersama dua peluru di dalamnya,23 butir peluru jenis Rimba 12 Bore warna biru dan 35 butir peluru jenis Mega 12 Bore warna hijau,sebutir peluru Buck Shot 12 Bore dipercayai milik ahli perniagaan tersebut berdasarkan kad senjata mangsa yang ditemui di lokasi kejadian.
"Turut ditemui,peluru 9mm Br.c S&B dalam dua kotak sebanyak 88 butir di dalam kelopak (5),"jelasnya kertas siasatan akan dibuka untuk serahan kepada bahagian lesen/persenjataan.
-Sinar Harian

No comments


Loading...