Header Ads

Selepas 14 Tahun, Komuter Ekspress Seremban-KL Beroperasi Semula


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Komuter Ekspress Seremban-Kuala Lumpur yang diberhentikan operasinya 14 tahun lalu kini beroperasi semula.

Kali terakhir Komuter Ekspress itu beroperasi adalah pada Disember 2004.


Loading...

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam akaun Twitter miliknya berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam.

Beliau menjangkakan perkhidmatan itu akan mendapat sambutan terutamanya daripada mereka yang bekerja di ibu kota tetapi menetap di Seremban.

“Saya mendapat maklum balas yang amat baik dan positif dalam kalangan pengguna perkhidmatan KTM Komuter,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE

No comments