Header Ads

"Saya tanggung belanja majlis kahwin anak" - Ketua Polis Negara


PETALING JAYA: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan dakwaan dalam artikel Sarawak Report bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaja kehadiran rakan sejawatan di Asia ke majlis perkahwinan anak perempuannya.

Ketua Polis Negara itu berkata laporan itu tidak tepat dalam banyak cara termasuk bahagian menyebut isterinya yang meninggal dunia pada Disember.

Loading...

"Apabila jemputan dihantar kepada rakan sejawatan saya, difahamkan saya secara peribadi membayar bil tersebut.

"Malah, hanya rakan sejawatan saya dari Brunei yang hadir majlis perkahwinan itu," katanya kepada The Star.

Mohamad Fuzi menegaskan beliau menanggung sendiri perbelanjaan Ketua Polis Brunei itu.

"Tiada dana kerajaan atau PDRM digunakan untuk membayar majlis perkahwinan atau perbelanjaan tetamu saya," katanya.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan untuk menyiasat dakwaan tersebut.


"Saya tiada apa-apa untuk disembunyikan," katanya.

Beliau turut menyifatkan laporan dalam portal tersebut sebagai tidak benar.

"Saya hampir bersara dan mempunyai simpanan untuk dibelanjakan bagi majlis perkahwinan anak perempuan saya," katanya.

Pada masa sama, beliau turut memikirkan untuk mengambil tindakan terhadap portal dalam talian itu.

No comments

Loading...