Header Ads

Saksi Terakhir Kes Bunuh Kevin Beri Keterangan


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi di sini akan berakhir tidak lama lagi apabila saksi pembelaan terakhir, S Ravi Chandaran, 47, memberi keterangan membela diri hari ini.

Semalam menyaksikan tertuduh keenam, S Nimalan, 25 memberi keterangan dengan mendakwa pernah disuruh oleh pegawai penjara untuk mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin.

Loading...


Prosiding membela diri membabitkan semua tertuduh itu sudah berlangsung selama 14 hari dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah Nimalan, Ravi Chandaran, bersama R Dinishwaran, 26, A.K Thinesh Kumar, 25 dan M Vishwanath, 28, didakwa bersama-sama Dr R Kunaseegaran, 55, didakwa membunuh Kevin dalam perjalanan dari rumah mangsa di Jalan Dutamas 1, Sentul di sini ke No 1 Jalan USJ 1/6D Subang Jaya dekat sini, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pagi ini juga, keputusan representasi seramai 11 etnik Uighur China akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mereka sebelum ini mengemukakan representasi kepada Pejabat Peguam Negara bagi mengkaji semula tuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen sah yang dihadapi mereka.

Kes didengar dihadapan Majistret Wong Chai Sia sebelum ini sudah menetapkan tarikh hari ini sebagai pengurusan kes lanjut bagi mengetahui perkembangan representasi itu. Semua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 24 April lalu dan mengikut pertuduhan, mereka sebagai warga negara asing didakwa masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Tertuduh, Zakaria Arman, Salehudin Ali, Jaefar Amin, Osman Abbas, Alim Osman, Asen Ziyali, Taher Kasim, Ibrahim Rexiti, Nurudin Muhammad, Abdul Kader dan Yusof Ahmed berusia 20 hingga 40 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pekarangan Balai Polis Sentul, jam 10.50 pagi, 31 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap mereka adalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama.

- BH Online

No comments