Header Ads

RM10,412 milik JAPERUN lesap

MOHD Sofi Abdul Wahab (tengah) beramah mesra bersama ketua jabatan ketika meninggalkan majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Sejumlah RM10,412 wang milik Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal, di sini, dilaporkan hilang selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Mohd Sofi Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima tiga penyata melalui bank CIMB yang menunjukkan berlaku pengeluaran wang pada 15 Mei lalu.

Loading...

Beliau berkata, akaun pertama adalah Tabung Kebajikan JAPERUN Durian Tunggal dengan baki akhir terdahulu RM318.16 dan baki terkini, RM10.60

"Akaun kedua pula adalah Tabung Kebajikan Khas JAPERUN Durian Tunggal dengan baki terdahulu RM10,104.15. Kemudian, baki terkini adalah RM10.60.

"Akaun satu dan dua ditutup sejurus pengeluaran dilakukan pada 15 Mei lalu. Kita percaya penama akaun ini mengeluarkan wang berkenaan selepas berlaku peralihan kuasa," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mohd Sofi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia wang milik pengurusan JAPERUN untuk kegunaan rakyat.


"Pada 28 Jun lalu, kita sudah membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal berhubung perkara ini (kehilangan wang).

"Kes sudah dipanjangkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. Kita juga meminta jasa baik penama akaun berkenaan memulangkan semula wang berkenaan," katanya.

No comments

Loading...