Header Ads

‘Rapat’ Dengan Najib, Wak Doyok Serah Borang Amanah



KUALA LUMPUR, 7 Julai — Selebriti dan personaliti fesyen Wak Doyok membidas kecaman orang ramai yang menganggapnya ‘lalang’ apatah lagi selepas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Wak Doyok, 38, atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor berkata ia adalah pilihan peribadi dan mereka tidak berhak menyekatnya, lapor Malaysiakini.

“Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan,” kata pelakon filem Abang Long Fadil 2.

“Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi.”

Pernah menyertai PAS pada 1998, Wak Doyok menyerahkan borang keahlian Amanah di pejabat cawangan parti di Seksyen 13, Shah Alam, minggu lalu.

Wak Doyok sebelum ini dilihat beberapa kali bergambar mesra dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir majlis Barisan Nasional (BN).

Beliau juga antara selebriti media sosial terpilih menaiki MRT bersama bekas pemimpin itu tahun lalu.

Kini Wak Doyok mengakui ‘sayang’ dengan pemimpin Amanah yang dahulunya berjuang dalam PAS seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad, dan Salahuddin Ayub.

Menafikan pernah masuk Umno, beliau turut mendakwa rapat dengan keluarga bapa mertua pengarah strategi Amanah yang juga Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

- Projek MM

No comments