Header Ads

Projek Solar: Bekas Pembantu Najib Ditahan Reman

Foto: FMT

Salah seorang bekas pembantu khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak direman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan Isnin lalu ketika dipanggil ke pejabat SPRM.

Keesokan harinya, majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari kepada individu berkenaan, seperti dilaporkan The Star hari ini.

Loading...


"Kami dimaklumkan bahawa beliau telah meminta sejumlah besar (dari syarikat yang dianugerahkan projek itu)," kata sumber SPRM.

Jumlah yang diminta dipercayai mencecah jutaan ringgit walaupun sumber tidak mendedahkan angka yang tepat.

Wang itu juga dilaporkan tidak dipindahkan.

"Namun, kita perlu menyoal dia kerana terdapat dakwaan dia meminta wang," kata sumber itu.

"Kami dimaklumkan bahawa beliau telah meminta sejumlah besar (dari syarikat yang dianugerahkan projek itu)," kata sumber SPRM.



Dilaporkan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan lelaki tersebut direman tetapi tidak mengulas lanjut.

Pada awal Jun, Kementerian Pendidikan di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu dilaporkan menganugerahkan projek hibrid solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak kepada syarikat yang berpangkalan di Bintulu di bawah "arahan langsung" daripada Najib.

Sebelum ini tiga individu lain telah ditahan SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

- Malaysiakini

No comments

Loading...