Header Ads

Polis Mohon Bantuan Macau Tangkap Jho Low

Foto: NST

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau untuk bertindak ke atas ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diburu berkaitan skandal 1MDB.

Menurutnya, polis telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau namun masih menunggu maklum balas mereka, lapor Malaysiakini.


Loading...

“Kita dimaklumkan Jho Low berada di Hong Kong dan apabila pasukan PDRM tiba di sana, pihak berkuasa Hong Kong mendapat maklumat dia telah berlepas ke Macau melalui feri.

“Jadi kita telah menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa Macau dan jika mereka sahkan dia berada di sana, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi PDRM Berhad di Kuala Lumpur hari ini.

No comments

Loading...