Header Ads

PM Jelaskan Tujuan Tun Daim Ke China...


Tun Daim Zainuddin ke China bagi perbincangan semula pinjaman dan kontrak Malaysia dengan syarikat negara itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Daim, ketua Majlis Penasihat Kerajaan, bersama beberapa pegawai ke Beijing dan membawa perutusan daripadanya.


Loading...

“Apa yang cuba dilakukan beliau ialah runding semula [perjanjian], kita dapati ia terlalu mahal dan sebahagian wang [pinjaman] itu tidak  diperlukan,” kata perdana menteri di lobi Parlimen hari ini, lapaor Projek MM.

Semalam Daim dilapor bertemu Perdana Menteri China Li Keqiang. Foto pertemuan tersebut diedarkan oleh Reuters semalam.

Dalam foto tersebut, Li dilihat membaca surat rasmi tersebut di depan Daim yang memakai baju cerah dan bertongkat.

Dr Mahahtir dijadual akan melawat China secara rasmi dalam tempoh secepat mungkin, dipercayai untuk rundingan dua hala.



Kerajaan baru Pakatan Harapan tidak berpuas hati dengan pinjaman dan kontrak dengan firma-firma China melibatkan beberapa projek.

Projek itu termasuklah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), laluan kereta api dari Klang, Selangor ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

No comments