Pemilihan Pengerusi Felcra Dijangka Selesai Dalam Masa Terdekat - Rina
KUALA LUMPUR – Pemilihan pengerusi baharu Felcra Bhd
dijangka selesai dalam masa terdekat dengan mengambil kira pelbagai aspek, kata
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.
Beliau berkata pemilihan akan melalui beberapa proses
saringan.
“Kita sudah ada beberapa nama, kita dalam proses nak pilih
yang terbaik, InshaAllah.
Loading...
“Kita akan pilih pengerusi yang benar-benar berkelayakan,
profesional dan sesuai diletakkan di situ,” katanya ketika ditemui media
selepas Majlis Sambutan Hari Raya Felcra Bhd, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, pelantikan pengerusi Felcra adalah di bawah
bidang kuasa Menteri Kewangan.
“Ia syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan
(MOF Inc)… kementerian kami hanya memantau projek-projeknya kerana banyak
(terdapat) di luar bandar,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kekosongan kerusi pengerusi Felcra
selepas Datuk Seri Bung Moktar Radin melepaskan jawatan itu pada Mei lepas.
Felcra Bhd sebelum ini merupakan sebuah badan berkanun
kerajaan dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan yang
ditubuhkan di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
pada 1 April 1966.
Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar
dengan membantu penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan
seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
-- BERNAMA
Post a Comment