Header Ads

Papagomo Pertahan Tindakan Khairy Tidak Boikot


Walau pemimpin kanan Umno mula mempertikai Khairy Jamaluddin, seorang penulis blog parti itu yang popular membelanya.

Bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak semalam dan setiausaha agung Tan Sri Annuar Musa hari ini mempersoal tindakannya tidak menyertai boikot ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan PAS.

Namun Wan Muhammad Azri Wan Deris, penulis blog Papagomo, setuju dengan bekas ketua Pemuda Umno itu, menyifatkan boikot itu “sarkas”.


Loading...

“Tindakan Khairy dan Datuk Seri Anifah Aman adalah tepat dan betul ...,” katanya dalam kenyataan yang pedas.

“Rakyat mahukan pembangkang yang berwibawa dan bukan pembangkang sarkas seperti sebelum ini.”

Wan Muhammad Azri menyifatkan tindakan pembangkang dahulu, yang kini menguasai Putrajaya, “membuat kerja bodoh” dengan siri bantahan mereka.

“Buatlah apa cara sekalipun, kerajaan [Pakatan Harapan] akan tetap menjalankan pelantikan itu tanpa rasa bersalah walau melanggar perlembagaan.”

Dua bekas menteri itu tidak menyertai bantahan pelantikan yang dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof pada majlis angkat sumpah semalam.

Najib, ahli parlimen Pekan, menggesa dua ahli parlimen itu menjelaskan alasan tidak menyertai tindakan mereka.

Sementara Annuar menyindir Khairy di Twitter: “Pembangkang yang wibawa itu yang bertindak seorang diri, yang tidak hadir mesyuarat prasidang.”

Sementara itu, lapor Bernama pula, Khairy sekali lagi mempertahankan tindakannya itu walau dianggap tidak setia kepada parti.

“Tentulah tidak... saya akan setia dengan parti saya,” katanya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam beliau menjelaskan tindakannya itu demi “menghormati majlis” dan keluar dewan bukan sesuai menyatakan bantahan.

- Projek MM

No comments