Header Ads

Pakatan Serius Benarkan Anggota Parlimen Pembangkang Ketuai PAC - Nga


KUALA LUMPUR – Parlimen akan membincangkan tawaran jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kepada Ketua Pembangkang.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memanggil mesyuarat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong semasa mesyuarat mingguannya Khamis ini, bagi membincangkan perkara itu.


Loading...

Melantik seorang Anggota Parlimen daripada pembangkang mengetuai PAC adalah antara janji Pakatan Harapan dalam manifestonya, dan perkara itu menyimpang daripada amalan Barisan Nasional, di mana jawatan tersebut disandang anggota kelab penyokong kerajaan, manakala Anggota Parlimen pembangkang hanya dilantik sebagai anggota jawatankuasa berkenaan.

“Kami memang serius untuk menunaikan manifesto kami. Itulah sebabnya kami memanggil mesyuarat berkenaan, kalau kami tidak serius, kami tidak akan panggil mesyuarat itu.

“Kami akan umumkan sebarang keputusan yang dibuat kelak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan kumpulan editor anjuran Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di Parlimen hari ini.

-- BERNAMA

No comments


Loading...