Header Ads

Padah sistem cukai diubah sesuka hati


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara bahawa, BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 tentang bahaya sistem cukai diubah sesuka hati.

Najib menerusi Facebooknya meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik.

Loading...

Tambahnya, biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan (BN)sebelum pilihan raya.

“Pada masa itu, Harapan tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini, Harapan terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, memandangkan harga barang tidak turun selepas GST disifarkan.

Beliau bimbang apabila cukai Cukai Perkhidmatan (SST) diperkenalkan dan diperluaskan pada September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi berbanding sebelum GST disifarkan.

“Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini.

“Ia sudah tentu memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat dan ini bertentangan dengan janji Harapan yang memberi setinggi harapan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat dalam manifesto mereka.Saya harap kerajaan PH akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan," katanya.


Hari ini, Saifuddin Nasution memaklumkan harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Menurutnya, kenaikan tidak berlaku tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.

No comments

Loading...