Header Ads

Nawawi Letak Jawatan Pengerusi KTMB


Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Nawawi Ahmad mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi syarikat pengendali perkhidmatan kereta api kebangsaan itu, pada hujung bulan ini.

“Saya membuat keputusan dan mengambil tindakan sepatutnya untuk meletakkan jawatan ini.

Loading...


“Ini membolehkan KTMB bergerak selari dengan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia.

Arahan kabinet pada Jun lalu memutuskan bahawa mana-mana pengerusi dan lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang merupakan lantikan politik perlu digantikan.

Pada pilihan raya umum ke-14, Nawawi yang ketika itu adalah ketua Umno bahagian Langkawi mewakili BN dalam berdepan dengan Tun Dr Mahathir mohamad yang bertanding atas tiket pembangkang.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Dr Mahathir menang besar di Langkawi.

Susulan kemenangan Pakatan Harapan, Dr Mahathir kemudian dilantik menjadi perdana menteri negara yang ketujuh.

No comments

Loading...