Najib Tarik Balik Saman Terhadap AG, Mohd. Shukri, Amar Singh
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman
pemula yang difailkan pada 30 Jun lalu terhadap Peguam Negara (AG), Tommy
Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk
Mohd. Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)
Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching memaklumkan
perkembangan kes tersebut kepada pemberita bahawa peguam Badrul Hisham Abdullah
yang mewakili Najib memberitahu, pihaknya menarik balik saman itu dengan
kebebasan memfailkan tindakan yang baharu, lapor Utusan Online.
Loading...
Najib dalam samannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini
menuntut satu perintah dan perisytiharan bahawa Tommy selaku AG adalah pihak
yang berkepentingan dalam penyiasatan skandal tersebut yang menimbulkan
prejudis terhadapnya.
Najib menyatakan, Mohd. Shukri pula pada satu sidang media
berhubung SRC International Sdn. Bhd. ketika baru dilantik menjawat jawatan
tersebut telah merumuskan antara lain, dirinya telah menerima wang RM42 juta
dan RM2.6 bilion walhal ketika itu dia masih belum dipanggil memberikan keterangan
kepada SPRM.
Amar Singh pula bagi Najib adalah individu yang
bertanggungjawab mengetuai serbuan ke atas premisnya termasuk premis-premis
yang didiami oleh anak-anaknya di Paviion Residence dan premis yang dipinjamnya
daripada seorang rakannya untuk menempatkan barang-barang yang dipindahkan dari
kediaman rasmi, di Seri Perdana.
Post a Comment