Header Ads

Najib Mohon Tarik Balik Saman Terhadap Tony Pua

Foto: mStar Online

Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan 26 Julai bagi mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menarik balik saman terhadap Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

Peguam Datuk Ahmad Hafarizam Harun yang mewakili Najib ketika ditemui berkata, Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamarnya di sini.

Manakala Tony Pua diwakili peguam Tan Ch'Eng Leong.


Loading...

Memetik laporan Berita Harian, Peguam kepada Najib berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada mahkamah sama ada pihaknya boleh menarik balik saman sedangkan Pua sudah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu kes saman oleh Najib.

Beliau berkata lagi, Tony Pua sebagai defendan juga telah membantah pihaknya untuk menarik balik kes saman itu.

Najib sebelum ini sudah memperoleh perintah injuksi menghalang Pua daripada menerbitkan sebarang fitnah membabitkan kenyataan dan klip video berhubung RUU355.

Sebelum ini Najib bertindak atas kapasiti peribadi memfailkan saman itu dengan menamakan Pua sebagai defendan dan melalui pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa Pua pada 6 April 2017, ada memuat naik rakaman Live Video (video langsung) mengandungi pernyataan fitnah.

Pua dikatakan telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen yang dirakam dan dimuat naik olehnya dalam laman Facebook atas nama Tony Pua bertajuk BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private Member's Bill.

Kenyataan itu, menurut Najib, adalah fitnah terhadap jawatannya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa dengan memberikan arahan melalui Kabinet kepada Speaker Dewan Rakyat supaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan mengenepikan rang undang-undang lain.

Najib berkata, ia juga bermaksud dirinya tidak menghiraukan doktrin pengasingan kuasa dan berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi Melayu dalam kalangan pembangkang.

– Malaysian Update

No comments

Loading...