Header Ads

Najib Minta Khairy, Anifah Jelas Kenapa Tidak Ikut Boikot


Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Anifah Aman mesti menjelaskan alasan mereka tidak memboikot, kata Datuk Seri Najib Razak.

Dua bekas menteri ini tidak meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu Barisan Nasional dan PAS membantah pelantikan speaker baru Parlimen pagi ini.

Najib berkata apa jua alasan mereka, Umno akan mengambil tindakan terhadap keputusan mereka tidak bersama wakil-wakil lain, lapor Sinar Harian.


Loading...

"Tindakan KJ dan Anifah yang enggan keluar dewan bersama ahli parlimen Umno yang lain akan diputuskan oleh parti," kata bekas presiden Umno itu.



"Biar Umno yang putuskan tindakan terhadap mereka berdua, walau apa pun keputusannya, KJ dan Anifah perlu jelaskan kepada parti sebab mengapa mereka bertindak sedemikian."

Setelah membuat bising membantah pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof, semua wakil BN dan PAS meninggalkan dewan sebelum mengangkat sumpah kemudiannya.

Mereka membantah dengan alasan pelantikan tersebut harus dimaklumkan dalam tempoh 14 hari seperti tercatat dalam peraturan dewan.

No comments