Header Ads

Najib amat terharu dapat kasih sayang ahli Umno

Foto: Kosmo

Datuk Seri Najib Razak menyatakan perasaan terharunya yang amat sangat melihat sokongan yang masih diterimanya ketika ini.
Bekas presiden Umno, pengerusi BN dan perdana menteri itu disambut dengan beberapa laungan seperti "Hidup Najib" dan "Bebas Najib" ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Loading...
Najib yang kini berdepan dengan dakwaan jenayah hadir ke mahkamah untuk melunaskan ikat jamin RM1 juta yang dikenakan ke atasnya.
Sebelum ini Najib sudah menjelaskan ikat jamin sebanyak RM500,000 dan bakinya diserahkan kepada mahkamah hari ini.
Ada beberapa individu yang dikenali ramai hadir di pekarangan mahkamah sebentar tadi, termasuk bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafii serta pelakon Ellie Suriaty Omar.
Bercakap kepada media selepas menjelaskan ikat jamin Najib berkata beliau menerima sumbangan daripada penyokong Umno termasuk dari luar Kuala Lumpur.
"Saya berasa amat terharu atas sumbangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Umno dari semua peringkat," katanya.
Najib tiba di mahkamah bersama isterinya Rosmah Mansor.

Pasangan terbabit turut disertai anak mereka, Nooryana Najwa dan Noorashman, serta menantu Daniyar Kessibayev. Mereka dilihat memasuki pejabat pendaftar mahkamah bagi urusan dokumentasi.
Proses itu berlangsung kurang dari limat minit sebelum Najib dan Rosmah kelihatan keluar dari pejabat berkenaan.
Menurut Najib beliau menerima banyak sumbangan daripada ahli dan penyokong Umno malah sebelum datang ke mahkamah tadi, ada wakil Umno Tumpat bertemu bagi menyerahkan derma mereka.
"Ini semua menaddakan bahawa ahli-ahli Umno dan rakyat biasa menunjukkan kasih sayangnya kepada pemimpin.
"Mudah-mudahan dengan doa restu (semua) saya dan keluarga dapat melalui uijia besar ini, insya-Allah, dengan jayanya," katanya.
- Malaysiakini

No comments

Loading...