Header Ads

Naik Kereta Atau Pesawat, Jho Low Lari Ke China

Low Taek Jho

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Low Taek Jho dipercayai meninggalkan Macau dan menuju ke China, lapor South China Morning Post.

Dikenali sebagai Jho Low, suspek utama kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu mungkin menaiki kereta atau pesawat persendirian.


Loading...

“Kedudukan sebenar Low Taek Jho — yang meninggalkan Hong Kong untuk ke hab kasino termewah di dunia ketika berdepan waran tangkap Interpol — tidak jelas,” lapor akhbar itu.

Namun sumber-sumber memberitahu akhbar itu, pihak keselamatan Macau “tidak ragu-ragu” menyebut bahawa Low, 37, kini berada di tanah besar negara itu.

Ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi ini berkata Low meninggalkan Macau untuk ke destinasi yang tidak diketahui.

Maklumat itu berdasarkan mesej e-mel daripada polis Macau pada 9 Julai.

Bulan lalu, Bukit Aman memohon Interpol bagi memburu Low yang dikehendaki polis Malaysia dan Singapura untuk siasatan kes 1MDB.

- Projek MM

No comments

Loading...