Header Ads

Mohamad Ariff Speaker Dewan Rakyat ke-9

SPEAKER Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mula bertugas pada Majlis Angkat Sumpah dan Persidangan Parlimen ke-14. Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

BEKAS hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan, hari ini.

Mohamad Ariff, 69, memiliki pengalaman luas dan mahir dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.

Loading...

Berasal dari Sungai Petani, Kedah, beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics).

Beliau memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.

Bapa kepada lima cahaya mata ini meninggalkan dunia akademik pada 1986 untuk berkecimpung dalam pengamalan undang-undang sebagai peguam dan peguambela, yang beliau juga seorang daripada rakan pengasas Cheang & Ariff.

Beliau juga pernah menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.


Ketika pembabitan dalam dunia perdagangan, Mohamad Ariff juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bursa Opsyen dan Pasaran Hadapan (1995-1996); anggota Jawatankuasa Kajian Semula Penarafan (RRC), Malaysian Rating Agency (MARC) (sehingga 2008) dan anggota Lembaga Penasihat Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2007-2008).

No comments