Header Ads

Mesyuarat Kabinet Pada Jumaat Semasa Parlimen Bersidang – NGA


KUALA LUMPUR -- Mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu akan ditukar ke Jumaat setiap kali Parlimen sedang bersidang, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Katanya beliau dimaklumkan oleh rakannya dalam pentadbiran kerajaan bahawa keputusan itu akan berkuat kuasa serta merta.


Loading...

“Saya dimaklumkan tentang keputusan itu dan saya fikir ia adalah langkah baik oleh kerajaan berikutan penghormatan sewajarnya perlu diberikan pada sidang Parlimen,

“Bagi saya, secara peribadi, saya fikir jika seorang menteri itu tidak dapat hadir, sekurang-kurangnya timbalan menteri boleh ambil alih (hadir),” katanya semasa ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, beberapa anggota Parlimen (MP) pembangkang membangkitkan soal ketidakhadiran  MP yang merupakan menteri dan timbalan menteri  dalam sidang Dewan Rakyat pada sesi tengah hari.

-- BERNAMA

No comments


Loading...