Header Ads

Lantikan Tommy Thomas Sah, Tidak Akan Dipecat


SANDAKAN: Tidak timbul isu untuk memecat Peguam Negara, Tommy Thomas kerana pelantikannya adalah sah mengikut undang-undang selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, sewajarnya tidak timbul isu untuk memecat Tommy kerana semua aspek sudah diambil kira oleh kerajaan sebelum melantiknya.


Loading...

Menurutnya, pelantikan Peguam Negara tidak perlu dipertikaikan kerana ia adalah sah mengikut undang-undang dan juga tidak timbul isu pemecatan beliau.

“Pelantikan Peguam Negara sudah dibuat oleh kerajaan diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

“Dari segi undang-undang, ia sudah disahkan dan yang paling penting, Yang di-Pertuan Agong berkenan dan menerima pelantikan itu,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Vui Keong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai petisyen dalam talian yang meminta Tommy dipecat.

Rabu lalu, seorang individu dikenali sebagai Fyizuddin Jaafar membuat petisyen berkenaan menerusi laman change.org bagi menggesa Yang di-Pertuan Agong memecat Tommy kerana kelemahannya bertutur dalam bahasa Melayu.

- Sinar Harian

No comments


Loading...