Header Ads

Kontrak Duta Besar Ke Indonesia Ditamat, Zahrain Luang Masa Dengan Cucu


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menerima keputusan kerajaan menamatkan kontraknya selaku duta besar Malaysia ke Indonesia.

Bekas wakil rakyat PKR itu berkata tidak ada masalah walaupun ia dilakukan empat bulan lebih awal dari tarikh sepatutnya, lapor Berita Harian.

“Kerajaan adalah majikan kita, justeru terpulang kepada mereka dan saya mengikut sahaja,” kata bekas wakil rakyat Bayan Baru.


Loading...

“Saya mendapat surat tamat kontrak 30 Jun pada minggu kedua Jun lalu walaupun sepatutnya tarikh tamat ialah Oktober depan.

“Saya sampai di Malaysia pada 30 Jun lalu. Selepas ini, mungkin saya akan berniaga, selain meluangkan masa bermain dengan cucu.”

Dilantik duta besar pada Oktober 2013, beliau memimpin PKR Pulau Pinang sebelum meninggalkannya pada Januari 2010 dan menjadi wakil Bebas.

Beberapa lagi duta ditamatkan kontrak selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Mei atau meletakkan jawatan menjelang pilihan raya umum lalu.

No comments

Loading...