KJ Dakwa Cengkaman Warlord Gagalkan Niat Ahli Umno
Khairy Jamaluddin - Foto: The Star
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Khairy Jamaluddin, pencabar terdekat
Datuk Seri Zahid Hamidi, hanya tewas dengan jumlah 6,605 undi popular.
Menang dengan jumlah 99 bahagian menyokongnya, bekas
timbalan menteri meraih 39,197 undi berbanding 32,592 undi untuk bekas menteri
itu.
Khairy, bekas ketua Pemuda Umno, mendapat sokongan 61
bahagian, sementara calon ketiga Tengku Razaleigh Hamzah mendapat sokongan 30
bahagian, lapor projek MM.
Loading...
Latest, official results from UMNO party HQ. Electoral college votes: @Zahid_Hamidi 99 @Khairykj 61 @tengkurazaleigh 30. Last column is popular vote. Terima kasih semua yang memberi sokongan. pic.twitter.com/lAHfjDPaqA— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 1, 2018
Keputusan lengkap jawatan tersebut dimuatkan di Twitter
Khairy hari ini.
“Statistik undi popular menunjukkan majoriti ahli Umno
mahukan perubahan. Cuma, sistem undi bahagian menyebelahi ‘warlords’ yang
mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka,” coretnya.
“Ramai diarah, diugut, dipaksa untuk ikut pilihan warlords.”
Statistik undi popular menunjukkan majoriti ahli UMNO mahukan perubahan. Cuma, sistem undi bahagian menyebelahi warlords yang mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka. Ramai diarah, diugut, dipaksa untuk ikut pilihan warlords.— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 1, 2018
Merima keputusan ini “dengan hati terbuka”, beliau menggesa
Umno berubah dengan “membuang mentaliti feudal.”
“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian
sendiri. Majoriti ahli hendak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap
suara rakyat,” katanya.
Post a Comment