Header Ads

Khairy Tolak Tawaran Jadi Setiausaha Agung

Foto: TMI

Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini telah menolak tawaran yang diberikan kepadanya oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden baru Umno, untuk menjadi setiausaha agung parti.

Melalui satu ciapan di Twitter, bekas menteri dan ketua Pemuda Umno itu menegaskan beliau hanya mahu memberikan fokus kepada tugasnya sebagai anggota parlimen dan akan tetap sedia membantu parti terbabit.

Loading...


"Terima kasih DS @Zahid_Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi.

"Saya memberi tahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti. Saya memberi fokus kepada tugas sebagai MP (anggota parlimen). Sedia bantu & tetap bersama Umno," ciapnya.


Berusia 42 tahun, Khairy adalah merupakan salah seorang bekas pemimpin kanan dalam Umno yang kini tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti selepas tewas dalam persaingan merebut jawatan presiden.

Beliau berdepan dengan dua pemimpin yang lebih kanan, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah. 

Khairy terpaksa akur tewas kepada Zahid Hamidi, yang sebelum ini memangku tugas presiden umno selepas perletakkan jawatan oleh Najib Razak. – Malaysian Update

No comments

Loading...