Header Ads

Kes Ahli Sabotaj Parti, Bersatu Sudah Ambil Tindakan


PETALING JAYA - Presiden Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, partinya sudah mengambil tindakan disiplin ke atas ahli mereka yang didapati melakukan sabotaj semasa PRU14 lalu.

Katanya, tindakan diambil adalah digantung dan dibuang terus daripada parti.

Jelasnya, antara kesalahan yang dilakukan adalah memburukkan parti sendiri selain 'bekerja untuk parti lain', lapor Sinar Harian.


Loading...

"Kita sudah ambil tindakan tatatertib kepada ahli yang mana dalam pilihan raya lalu telah menolong parti lain dan sabotaj parti kita," katanya dalam sidang media di Yayasan Selangor di sini hari ini.

Bagaimanapun Mahathir ketika ditanya berapa ramai yang telah diambil tindakan, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut.

"Nama mereka saya tak perlu sebut ini termasuk mereka yang buat sidang media burukkan parti, tak payah nak bagitau siapa dia banyak mana tak payah," katanya lagi.

Sementara dalam perkembangan lain, Mahathir berkata parti pimpinannya kini akan dikenali sebagai Bersatu sahaja.

"Mesyuarat telah setuju bahawa parti kita akan guna perkataan  dan slogan Bersatu," katanya.

No comments