Header Ads

Kerajaan tuntut kembali RM2.5j yang dibayar pada Arul Kanda

Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy (kiri) bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kerajaan telah menjalankan tindakan guaman bagi menuntut sejumlah RM2.5 juta ringgit yang diluluskan kerajaan terdahulu kepada bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata baki sebanyak RM2.5 juta lagi tidak akan diberikan kepada Arul.

Loading...

Guan Eng berkata, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyetujui pakej gaji RM5 juta untuk Arul Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai eksekutif di 1MDB.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa separuh daripada pembayaran telah pun dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun Guan Eng berkata baki RM2.5 juta yang sepatutnya dibayar selepas 30 Jun 2018 tidak akan berlaku kerana kerajaan telah bertukar. – Malaysian Update

No comments