Header Ads

Kerajaan Negeri Disaran Sedia Tapak Projek Mampu Milik - Zuraida


KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesa kerajaan negeri menyediakan tapak tanah untuk membolehkan lebih banyak rumah mampu milik dapat disediakan oleh kerajaan pusat untuk rakyat.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata dengan penyediaan tanah terbabit yang siap dengan kemudahan infrastruktur, kos pembinaan rumah akan lebih rendah, sekali gus membolehkan pihaknya membina rumah yang lebih besar dan selesa.


Loading...

"Saya meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan negeri untuk menyediakan tanah untuk kami bangunkan (rumah) untuk penduduk mereka. 

Tanah-tanah yang mereka tawar kepada kita, saya nak pastikan ada infrastruktur awam,” katanya kepada pemberita selepas program temu bual Ruang Bicara di saluran Bernama News Channel (BNC) di sini, hari ini.

Zuraida berkata, pihak pembekal utiliti juga dicadangkan menanggung kos penyediaan kemudahan asas seperti elektrik, air dan telekomunikasi untuk setiap projek perumahan.

“Penanggungan kos itu mampu memberi penjimatan kepada kos projek pembangunan kawasan perumahan yang akhirnya mengurangkan harga rumah,” katanya.

-- BERNAMA

No comments


Loading...