Header Ads

Kastam Boleh Rampas Barang Kemas Rosmah Jika Tidak Diisytihar

Foto: Berita Harian

Barangan kemas dari syarikat Lubnan yang dihantar kepada Datin Seri Rosmah Mansor boleh dirampas sekiranya belum diisytiharkan kepada Jabatan Kastam.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata demikian ketika ditanya mengenai hantaran 44 unit barangan kemas berkenaan, yang kini ditahan oleh polis.


Loading...

Subromaniam mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, yang menimbulkan persoalan tentang bagaimana barangan kemas itu dibawa masuk tanpa melalui pemeriksaan kastam.

“Adakah konsainan ini diisytiharkan kepada Jabatan Kastam apabila dibawa masuk ke Malaysia?

“Siapakah yang menerima barangan ini? Adakah duti kastam dibayar? Bagaimana penghantaran barang-barang ini sampai kepada Rosmah dengan selamat sedangkan nilai barangan kemas ini sangat besar ini?” soal Rayer.

No comments

Loading...