Header Ads

Kanak-Kanak Perempuan Hilang Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal


MARANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun kehilangan tangan kirinya hingga paras bahu selepas tersepit pada rim motosikal di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Tasek dekat sini sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh sepupunya.

Menurut laporan Kosmo, kejadian dipercayai berlaku apabila baju sejuk milik ibunya yang dipakai oleh Khumaira tersangkut pada rim motosikal dan mengakibatkan tangan kirinya tersepit.

Loading...


Menurut sepupu mangsa, Nor Aina Hananie Rezali, 18, ketika kejadian dia bersama Khumaira dalam perjalanan menuju ke rumah penghulu kampung untuk meminta cop pengesahan borang biasiswanya.

“Ketika sedang berbual, Khumaira senyap secara tiba-tiba dan motosikal yang saya tunggang bergerak perlahan. Bila toleh ke belakang Khumaira sudah terjatuh dan saya terus menekan brek motosikal sehingga kaki kanan terseret di atas jalan.

“Syukur adik lelaki Khumaira yang turut membonceng motosikal tidak mengalami kecederaan dan orang kampung yang melihat kejadian tersebut terus datang membantu kami. Dalam keadaan panik, saya terus menghubungi ibu bapa Khumaira dan ahli keluarga yang lain untuk maklumkan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu di sini hari ini.

Nor Aina yang merupakan seorang penuntut di Universiti Kolej Bestari, Setiu berkata, Khumaira merupakan seorang kanak-kanak yang kuat semangat kerana ketika kejadian dia langsung tidak menjerit atau menangis.

Tambahnya lagi, Khumaira terus dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payong selepas dibantu oleh penduduk kampung dan dihantar ke HSNZ dengan menaiki ambulans.

No comments

Loading...