Header Ads

‘Jika Begitu Kata Tun M, Calon Haji 1MDB Kena Terima Hakikat'


CUKUP-cukuplah nak mengaitkan Program Khas Haji Perdana Menteri di bawah Yayasan 1MDB dengan tohmahan politik, demikian kata Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya kepada segelintir pihak yang masih membicarakan isu ibadah haji tajaan 1MDB berkait politik.

Fathul Bari berkata, haji adalah ibadah yang pastinya menjadi satu harapan besar kepada mereka yang menerima tawaran haji itu dan pastinya berbeza dengan kes syarikat 1MDB yang kini sedang disiasat untuk membuktikan kebenaran sama ada berlaku penyelewengan wang seperti didakwa.


Loading...

“Cukuplah. Berhentilah mengaitkan perkara itu (tajaan haji 1MDB) dengan politik.

“Saya minta hentikan tindakan mengaitkan usaha kerajaan terdahulu itu dengan sumber kewangan 1MDB sama ada ia daripada sumber betul atau sebaliknya, biar ia melalui proses mahkamah.

“Seperti saya katakan, kes 1MDB sedang disiasat dan isu soal (wang tajaan) haram atau tidak, ia tidak boleh disebut secara spesifik kerana kes masih dalam siasatan,’ tegas beliau.

Bagaimanapun, mengulas mengenai nasib seramai 1,200 calon haji tajaan 1MDB yang tergendala pemergian mereka sepatutnya Julai ini, Fathul Bari berkata, jika program itu tidak mendapat kelulusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad maka calon jemaah haji harus menerima hakikat bahawa mereka belum diizinkan ALLAH SWT menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu.



“Ia bukan rezeki mereka untuk kali ini, itu nasihat saya. Mereka perlu terima hakikat bahawa 1MDB mempunyai kes yang sedang disiasat.

“Saya akui usaha kerajaan terdahulu mahu menghantar jemaah menunaikan haji adalah satu usaha baik tetapi perkara lebih penting sekarang adalah utamakan kes siasatan itu kerana kes lebih besar daripada setiap individu yang ditawarkan untuk menunaikan ibadat haji tersebut.

“Calon jemaah kena terima hakikat dan berdoa semoga ALLAH beri peluang lain pula,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...