Header Ads

Jho Low tinggalkan Macau

Mohamad Fuzi melawat anggotanya yang menderma darah dalam Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Bukit Aman, hari ini.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Taek Low atau Jho Low dipercayai telah meninggalkan Macau tanpa diketahui lokasi terbarunya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Loading...

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan perkara itu melalui emel yang diterima daripada pihak berkuasa Macau.

“Emel itu memaklumkan bahawa Jho Low telah meninggalkan Macau dan pergi ke destinasi yang tidak disebutkan,” katanya dalam sidang media selepas Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211, di Bukit Aman, hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.

Mengulas lanjut ketika ditanya pemberita lokasi terbaru Low, Mohamad Fuzi berkata, perkara itu belum dapat dilastikan lagi.

“Pada Jun lalu, dia (Low) berada di Hong Kong dan kita telah hantar pegawai kita ke sana, tapi dia telah meninggalkan negara itu sebelum ke Macau. Kemudian dua hari lalu kita terima emel beritahu dia telah tinggalkan Macau,” katanya.

Jelasnya, notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) telah dikeluarkan untuk beliau (Low) dan harap itu memadai untuk negara berkenaan memberi maklum balas bagi mengesan di mana beliau berada.


5 Julai lalu, polis mengesahkan ahli perniagaan Low yang sedang diburu berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah melarikan diri ke Macau.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dipercayai menggunakan pasport negara lain pada masa ini selepas Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan pasportnya pada 15 Jun lepas.

No comments

Loading...