Header Ads

Jho Low Ditahan? Tun M Alu-Alukan Tindakan


Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan laporan yang mendakwa ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau Jho Low ditangkap di China.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan berkenaan perkara tersebut.

"Saya tidak tahu. Terima kasih kepada memaklumkan perkara ini kepada saya," ujarnya di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Loading...


Ditanya sama ada terdapat perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan China, jawab Dr Mahathir, "Tidak, tapi mereka (China) boleh menyerahkan dia (Jho Low) kepada kita".

Pada Rabu, Sarawak Report melaporkan bahawa sebuah stesen radio di Hong Kong yang tidak dinamakan menyatakan bahawa Jho Low telah ditahan di China.



- Astro Awani

No comments