Header Ads

Jamal Yunos Berjaya Ditangkap Pihak Berkuasa Indonesia


KUALA LUMPUR - Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) dilaporkan sudah menahan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang melarikan diri ke Indonesia, petang tadi.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudahpun dihubungi untuk menyelaras urusan penghantaran pulang Jamal ke Malaysia.

Loading...


Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), kata  Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Republik Indonesia, khususnya POLRI atas bantuan mereka," kata Muhyiddin dalam kenyataan tersebut.



"Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi. - Malaysian Update

No comments

Loading...