Header Ads

Ibu jenis apa kau ni...

FOTO hiasan.

KANAK-KANAK lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya di Permatang Badak, Kuantan, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari, ibu kandung mangsa berusia 29 tahun dikatakan membuat panggilan kecemasan menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan mendakwa anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah.

Loading...

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata satu ambulans dikejarkan ke rumah mangsa sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke HTAA bagi menerima rawatan.

“Ketika di rumahnya, pasukan perubatan cuba membuat rawatan awal dan memberi bantuan pernafasan, namun gagal sebelum kanak-kanak berkenaan dibawa ke HTAA.

“Sebaik tiba di HTAA, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan fizikal dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa anggota badan mangsa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan Kor Kadet Polis Pahang 2018 di Kuantan, hari ini.

Rosli berkata, satu laporan polis turut dibuat pihak HTAA pada 3.48 petang semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata, suspek wanita terbabit kemudian ditahan di HTAA selepas panggilan dibuat pihak hospital.


“Ibu kandung mangsa akan direman hari ini untuk membantu siasatan...berdasarkan kesan kecederaan, polis tidak menolak kemungkinan mangsa pernah didera.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah anak sulung suspek dan proses bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

No comments

Loading...