Header Ads

Hazard ‘Terbangkan’ Penggunting Rambut Ke Rusia


MOSCOW: Eden Hazard melakukan persiapan untuk menghadapi Perancis pada separuh akhir Piala Dunia esok (pukul 2 pagi Rabu waktu Malaysia) dengan tampil bersama gaya lebih segar.

Perancang utama Belgium itu sanggup menerbangkan penggunting rambut peribadinya dengan menaiki jet ke Rusia hanya untuk memastikan dia memasuki pentas paling besar dalam kariernya dengan imej lebih kemas serta segak.


Loading...
Hazard memuat naik gambar potongan rambut baharunya bersama kenyataan bergambar: “Pemulihan, rehat. Penampilan baharu dan fokus kepada perlawanan besar pada Selasa. Terima kasih@astarbarbers”.

Selain Hazard, rakan-rakan sepasukannya seperti Adnan Januzaj, Kylian Mbappe dan Samuel Umtiti turut menggunakan khidmat penggunting rambuta tersebut dan memuat naik potongan baharu rambut masing-masing dalam Instagram.

- AGENSI

No comments

Loading...