Header Ads

G25 desak Ali Hamsa letak jawatan


KUALA LUMPUR - Kumpulan bekas penjawat awam G25 mendesak Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa meletakkan jawatan.

Dalam satu kenyataan kumpulan tersebut berkata, desakan tersebut dibuat selepas wujud siri reputasi buruk dan kritikan kepimpinan baharu terhadap perkhidmatan awam negara.

Loading...

Katanya, Ali Hamsa perlu mengambil peduli kenyataan daripada pemimpin dan mengambil tanggungjawab demi kepentingan seluruh perkhidmatan awam dengan melepaskan jawatan.

“Kami dengan ini mendesak Ketua Setiausaha Negara mengambil langkah terhormat dengan menawarkan peletakan jawatannya tanpa teragak-agak bagi menyelamatkan perkhidmatan awam daripada terus menanggung malu dan berdepan reputasi buruk.

“Tawaran peletakan jawatannya akan membolehkan perdana menteri membuat keputusan betul terhadap pentadbiran negara,” katanya, hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa terdapat penjawat awam tidak memberikan komitmen kepada agenda reformasi kabinet kerana masih setia pada pemimpin lama.


Katanya situasi tersebut menyebabkan kesukaran kepadak pentadbiran baru mempercayai mereka untuk melaksanakan dasar-dasar pembaharuan yang mahu diperkenalkan.

No comments