Header Ads

Exco Melaka rimas dihujani mesej lucah wanita misteri


MELAKA: Sejak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee sering didekati penduduk yang mahu mendapatkan pelbagai bantuan.

Bagaimanapun bagi wakil rakyat berusia 52 tahun yang juga timbalan pengerusi DAP negeri itu, apa yang merisaukannya apabila dia dihujani pelbagai mesej terutama dalam kalangan wanita.

Loading...

"Ada wanita yang tidak dikenali yang bertanya jika saya mahu melihat mereka dalam keadaan bogel!

"Saya juga ada terima gambar dan video lucah," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Keusahawanan dan Agro itu.

Bapa kepada dua cahaya mata itu mengambil jalan membalas mesej yang diterima dengan sopan, sambil menjelaskan beliau telah berkahwin dan "bukan lagi muda untuk berfoya-foya".



Malahan, katanya, nombor telefonnya bukan rahsia kerana ia dapat diperoleh menerusi laman web kerajaan negeri.

Norhizam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu berkata, beliau telah memaklumkan kepada isterinya mengenai mesej lucah yang diterimanya.


"Saya bernasib baik kerana isteri memahami dan menasihatkan supaya saya terus jalankan tugas dengan baik," katanya.

No comments

Loading...