Header Ads

'Encik...anda wira saya'

DAYANGKU Nazira meluahkan rasa terima kasih yang tular di FB. FOTO Foto ihsan FB KPK

Johor Bahru: “Walaupun nampak api ada bawah kereta, dia tetap membantu mengeluarkan saya dari kereta sebelum ia meletup,” kata pemilik akaun Facebook (FB) Tengku Haidar’s Daughter mengimbau kejadian kenderaan dinaiki terbakar pada 3 Julai lalu.

Wanita itu, Dayangku Nazira Maulat Tengku Haidar, 22, mengucapkan terima kasih kepada orang awam terutama individu yang membantu menyelamatkannya.

Loading...

“Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada encik (penyelamat) yang selamatkan saya.

“Saya berterima kasih terhadap individu itu kerana berasa seperti mati hidup semula,” katanya berkongsi coretan menerusi kumpulan FB KHAS Penduduk Kulai (KPK).

Menurutnya, dia tidak sempat menemui lelaki itu yang beredar selepas berjaya menyelamatkannya.

“Selepas selamatkan saya, encik terus pergi dan boleh mesej peribadi sekurang-kurangnya saya dapat bertemu depan-depan dan mengucapkan terima kasih.

Pada akhir coretan, dia bersyukur kepada Allah memberi peluang sekali lagi kepadanya untuk meneruskan kehidupan.


Dalam kejadian 3 Julai lalu, tindakan pantas orang awam menyelamatkan seorang wanita berusia 22 tahun daripada maut selepas kereta Proton Saga dinaiki terbabas lalu terbakar di Kilometer 23 Jalan Johor Bahru-Air Hitam.

No comments

Loading...