Header Ads

Dr Maza Cadang Ramasamy Dan Zakir Naik berdebat, Kalah ‘Balik India’


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy berdebat secara terbuka.

Beliau menyarankan tajuk debat “Who is the real terrorist?’“(Siapa sebenarnya pengganas?), Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendebat yang tewas “mungkin boleh dihantar pulang ke India”.


Loading...

“Siaran langsung media hendaklah diberikan ruang. Biar rakyat menjadi saksi tentang polemik ini,” kata beliau di Facebooknya hari ini.

“Saya cadangkan sesiapa yang jelas tewas dalam debat mungkin boleh dihantar pulang ke India seperti yang menjadi hasrat mereka. Salah seorang akan pulang ke sana.”

Memetik laporan Projek MM, Dr Asri berkata Ramasamy wajar menyahut cadangannya jika benar timbalan ketua menteri Pulau Pinang mengangkat kebebasan bersuara, nilai intelektual dan hak rakyat.

“Jika enggan, maka nyata isu ini hanya sikap permusuhan antara mereka dan umat Islam semata,” kata bekas felow Universiti Oxford itu.

Sebelum ini, Ramasamy yang dikaitkan dengan pengganas Tamil antarabangsa lantang mengkritik Zakir yang dikehendaki kerajaan India, kerana didakwa menyebar kebencian di negara ini.

– Malaysian Update

No comments