Header Ads

Disindir Najib? ini reaksi Mat Sabu


Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menjawab sindiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempersoalkan kemampuannya menjalankan tugas.

Beliau berkata masih terlalu awal membuat penilaian kerana baru dua bulan memegang jawatan sebagai menteri pertahanan.

Beliau juga berkata tumpuannya kini adalah sepenuhnya kepada kementerian pertahanan.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai sindiran Najib diluar parlimen dan menganggapnya seperti 'tumbuk dibawah pusat' dan tidak 'gentlemen'.


Sebelum ini, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kemampuan Mohamad Sabu menjalankan tugas sebagai menteri pertahanan.

Ini kerana beliau menjadi bahan sindiran sejak dilantik ke jawatan itu.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam kempen BN di Sungai Kandis baru-baru ini. – Malaysian Update

No comments