Header Ads

Cari ibu kandung untuk mohon kad pengenalan

Merhana memegang dokumen kelahirannya dan sijil mati arwah ayahnya.

Port Dickson: “Hati saya kuat mengatakan dia masih hidup dan berharap dapat bertemu dengannya secepat mungkin,” kata Merhana Abdullah, 15, yang menjejaki ibu kandungnya selepas terpisah sejak tujuh tahun lalu.

Merhana berkata, ibunya, Shirla Fanny Maturin, 44, berketurunan Kadazan tidak pernah dikenalinya manakala bapanya, Ghazali Samping meninggal dunia pada 2011.

Loading...

Katanya, selepas ayah kandungnya meninggal dunia, dia dijaga ibu dan bapa angkat yang juga sepupu arwah ayahnya ketika berusia lapan tahun.

“Masalah timbul apabila ayah angkat, Hairon-in Abd Karim, 53, dan ibu angkat, Suraini Abdul Karim, 50, tidak dapat memohon kad pengenalan saya kerana tiadanya dokumen ibu yang menyebabkan persekolahan terganggu.

“Selain rindukan ibu kandung, saya juga berharap dapat memiliki kad pengenalan untuk meneruskan persekolahan demi masa depan.

“Tidak banyak maklumat ibu kandung yang ada. Hanya alamat ketika saya dilahirkan iaitu di No 16, Jalan Panggung Wayang, Masai, Johor,” katanya.

Sementara itu, Hairon-in berkata, dia bimbangkan masa depan Merhana jika masih tidak memiliki kad pengenalan bagi membolehkannya meneruskan pelajaran di sekolah menengah.


“Dia ada surat beranak tetapi tiada dokumen ibu bapanya, dia juga tidak boleh menduduki peperiksaan jika tidak memiliki kad pengenalan. Arwah bapanya pula sebatang kara dan ibunya kami langsung tak kenal,” katanya.

Katanya, ibu kandung Merhana atau mereka yang mengenali wanita itu boleh menghubunginya di talian 017- 3052523 (Hairon-in).

No comments

Loading...