Header Ads

"Bukalah Biji Mata Tu Sikit!" - Chef Wan


Tindakan segelintir individu yang sanggup mendermakan barang kemas mereka untuk Tabung Solidariti Bebaskan Najib baru-baru ini mendapat perhatian chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Dalam posting terbaharunya di Instagram, beliau yang memuat naik gambar anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Nazifuddin menyaksikan Piala Dunia di Moscow, Rusia, seolah-olah mempersoalkan kewajaran rakyat Malaysia berbuat demikian.

Dengan perkongsian gambar tersebut, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya 'buka mata' terhadap individu yang mereka bantu.

"Helloo buka la biji mata tu sikit! Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, lihat siapa di Piala Dunia. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu bekas PM kita.


Loading...

"Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi? Mereka lupa ke dengan barang kemas banyak yang tak terpakai boleh pula nak tambah lagi Lubnan?

"Keluarga sama jugalah yang suruh kita cekek kangkong, beli tiga macam kuih dan beli dua baju raya ke nak kena berjimat konon ketika mereka menikmati kehidupan mewah," katanya.

Chef Wan dalam postingnya itu menyatakan pandangannya bahawa orang ramai sepatutnya menderma bagi mengurangkan beban hutang negara dan membantu golongan yang lebih memerlukan.

"Ini tak orang yang berbakul berbakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik tu pula yang kita nak selamatkan.


Pada masa sama beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa hak memilik kerajaan terletak di tangan rakyat di sebuah negara demokrasi.

"Sememangnya tidak semua kita termakan budi sampaikan ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka, kita masih perlu menutup sebelah mata dan hidup dalam penafian.

"Jangan lupa setiap ahli politik berkhidmat di negara ini pun mempunyai faedah istimewa dan kemewahan dalam hidup. Bukanlah mereka ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ini merempat pun.

"Janganlah bangkitkan isu konon hanya kerana hari ini kita tidak menyokong mereka-mereka ini membuta tuli, tidak seperti segelintir pihak tiba-tiba kita dilabel manusia yang kenang jasalah pula!.

"Jadi apa maksud itu. Mereka tidak boleh disentuh?," soalnya.



Chef Wan turut memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa mereka akan mengalami nasib sama seperti parti Umno jika tidak berkhidmat dengan baik dan jujur.

"Pada pilihan raya akan datang walaupun dalam Pakatan jika ada menteri yang tak boleh perform, maka mereka juga perlu letak jawatan!

"Saya tak peduli parti mana pun mewakili negara selagi kita mempunyai pemimpin yang baik dan jujur untuk memimpin kita tanpa apa bangsa sekali pun!

"Kita semua rakyat Malaysia dan mempunyai hak perlembagaan kita. Hari ini tidak membentuk Malaysia baharu. Alhamdulillah," katanya.

Awal bulan ini, Tabung Solidariti Bebaskan Najib diwujudkan Umno bagi melangsaikan baki wang jaminan RM500,000 yang ditetapkan Mahkamah Tinggi terhadap bekas perdana menteri itu.

Malah, Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang turut menyerahkan seutas gelang emas miliknya untuk didermakan kepada tabung itu.

Zaleha berkata dia mengambil pendekatan itu bagi mengikut jejak langkah kumpulan wanita zaman dahulu yang sanggup mendermakan barang kemas mereka dalam usaha menuntut kemerdekaan negara.

Najib menghadapi tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - mStar Online

No comments

Loading...