Berpakaian Serba Hitam, Najib Tiba Di Parlimen
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di
parlimen bagi persidangan pertama penggal baru Dewan Rakyat pagi ini.
Berpakaian serba hitam, anggota parlimen Pekan itu
melambaikan tangan dan mengucapkan "selamat pagi" kepada petugas
media dan kakitangan parlimen sambil melangkah masuk ke dalam dewan, lapor Malaysiakini.
Loading...
Sejurus selepas itu, penggantinya bagi jawatan Presiden
Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula tiba sebelum disusuli bekas ketua
pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga berpakaian serba hitam.
Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan
mesyuarat pertamanya pukul 10 pagi dengan urusan pertama yang akan diselesaikan
iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Post a Comment