Header Ads

Beku Akaun: UMNO Hantar Surat Kepada SPRM


PUTRAJAYA - UMNO akan menghantar surat memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan sejumlah wang dikeluarkan daripada akaun ibu pejabat parti itu yang dibekukan pihak berkuasa tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya memerlukan sejumlah wang daripada akaun tersebut khususnya untuk urusan pentadbiran parti, terutamanya bagi pembayaran gaji lebih 300 kakitangan.


Loading...

"Surat telah ada dan saya akan hantar esok kepada ibu pejabat SPRM di sini...kita bukan mahu keluarkan semua wang tetapi sekurang-kurangnya diberi kebenaran untuk keluarkan sejumlah wang untuk bayaran pentadbiran.

"Kita ada pekerja yang dibayar gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 seorang setiap bulan dan sebab itu saya saya akan minta kalau boleh dipermudahkan supaya urusan parti dapat dijalankan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis hari raya Badan Amal Kasih Ibu bersama pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini. - Bernama

No comments

Loading...