Header Ads

Bekas Pembantu Rosmah Disambung Reman SPRM Lagi Dua Hari


Tempoh reman bekas pegawai khas kepada isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - disambung dua hari sehingga Ahad.

Perintah sambungan reman terhadap bekas pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang bergelar Datuk berusia 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Video di Twitter Malaysia Gazette memaparkan dia dengan pakaian lokap SPRM dibawa ke mahkamah.

Loading...


Sebelum ini, media melaporkan bekas pegawai itu direman empat hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan mengenai penahanan individu berusia 44 tahun itu.

Menurut Simi, individu itu ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

Sebelum ini, laporan media menyebut bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.



Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan kementerian pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.




- Malaysiakini

No comments

Loading...